PROGARAM IBADAH KORBAN DI KEMBOJA
Rayuan sumbangan korban dan akikah untuk fakir miskin di negara
kemboja, kemiskinan umat islam di kemboja seperti yang kita sedia
maklum, maka dengan itu pada tiap-tiap tahun raya korban saya akan
berusaha untuk mendapatkan sedikit sumbangan korban untuk mereka. KEMISKINAN MEREKA BACA DISINI
Atas kehendak allah maka pada tahun ini umat islam kemboja
berhari raya korban dalam keadaan tengah-tengah banjir, apabila musim
banjir datang maka akaun pendapatan harian mereka kena tutup selama 2
bulan, sebab banjir itu biasanya mengambil masa 2 bulan, dalam masa 2
bulan ini mereka hanya makan apa-apa yang ada di rumah, kalau ada ikan
kering maka ikan keringlah makanan mereka selama 2 bulan itu,
oleh itu, pada tahun ini saya berdoa dan berharap moga-moga allah bantu saya untuk mendapatkan banyak ekor korban untuk membantu mereka, sebab
saya sendiri orang kemboja, maka saya tahu kesusahan apabila berada
dalam kebanjiran selama 2 bulan, kadang-kadang kitaorang masak nasi
campur jagung pun ada,
dengan demikian saya sangat berharap sekiranya ada orang yang sanggup
membantu berusaha untuk mendapatkan korban, dengan mem war-warkan pada
senak saudara adik beradik dan kawan-kawan moga-moga mereka dilapangkan
hati berminat untuk ber korban disana, Moga-moga dengan itu kita akan
mendapat pahala yang banyak disisi allah SWT.
“Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa
tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang
kepada sesama muslim. ” ( Hadis )
“ Perumpamaan kasih sayang orang beriman sesama mereka adalah
seperti satu TUBUH, maka apabila salah satu anggota sakit maka akan
terasalah kesakitan itu seluruh tubuhnya. ” ( Hadis )
“Siapa yang menunaikan hajat ( keperluan )saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..” ( Hadis )
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” Ibnu Abbas
JOM SERTAI KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA: BORANG KORBAN KLIK DISINI